Sabtu, 15 Maret 2014

Jalan Utama KL Tutup Sabtu Dan Ahad Ini

Jalan Utama KL Tutup Sempena Kayuhan Berbasikal OCBC


KUALA LUMPUR – Beberapa laluan utama di sekitar ibu negara akan ditutup dan dilencongkan bagi memberi laluan kepada acara Kayuhan Berbasikal OCBC 2013 pada Sabtu dan Ahad ini.
Ketua Trafik Kuala Lumpur, ACP Rusli Mohd. Noor berkata, penutupan dan lencongan jalan terbabit bagaimanapun akan dilakukan secara berperingkat.
“Berikutan acara ini polis akan menutup Jalan Ampang di hadapan KLCC, Jalan P.Ramlee dan Jalan Pinang pada Sabtu ini bermula pukul 12 tengahari hingga 8 malam.
“Pada Ahad pula, penutupan jalan dilakukan bermula pukul 5 pagi hingga 11 pagi melibatkan Jalan Ampang (hadapan KLCC), Jalan Pinang, Jalan P.Ramlee,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Rusli berkata, turut ditutup adalah Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Bulatan Datuk Onn, Jalan Parlimen, Jalan Sultan Salahuddin, Jalan Tun Ismail, Jalan Putra,
Menurutnya, Jalan Raja Laut, Jalan Ipoh, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Dang Wangi akan turut ditutup bersempena acara tersebut.
Jelas beliau, kesemua jalan terbabit bagaimanapun akan dibuka semula selepas semua peserta berbasikal melalui jalan tersebut.


0 komentar:

Posting Komentar

 

Copyright © Blog Informasi Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger