
KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter berlaku di wilayah timur Papua New Guinea (PNG) pada pukul 9.47 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) melalui satu kenyataan memberitahu, pusat gempa itu terletak 85 kilometer (km) barat laut Lae.
“Pusat gempa terletak 3,338 km arah tenggara Semporna, Sabah,” kata kenyataan itu hari ini.
Bagaimanapun kenyataan itu tidak mengeluarkan ancaman tsunami kepada Malaysia.
Tambah kenyataan itu, JMM akan memantau perkembangan tersebut dan akan memaklumkan situasi semasa.
0 komentar:
Posting Komentar