Salam semua,
Selepas berpisah dengan komposer dan penyanyi terkenal yang juga teman duetnya, Anang Hermansyah, kisah cinta pemilik nama Fatimah Syahrini Zailani atau lebih dikenali sebagai Syahrini sentiasa menjadi tumpuan ramai.
Sebelum ini dia pernah digosipkan bercinta dengan seorang pendakwah Indonesia, Ustad Solmed, tetapi penyanyi berusia 29 tahun itu menegaskan bahawa mereka tidak pernah mempunyai hubungan cinta.
Kini pelbagai laporan media di Indonesia mengatakan Syahrini sedang hangat menjalin hubungan cinta dengan seorang jejaka dari Malaysia. Malah penyanyi lagu "Aku Tak Biasa" tidak menafikan berita dakwaan tersebut tetapi tetap merahsiakan identiti teman lelakinya itu.
"Siapa yang beri tahu?" ujarnya ketika ditanya oleh media di Balai Sarbini, Jakarta Selatan baru-baru ini.
Dilaporkan sudah pun mencuba pakaian perkahwinan, Syahrini turut berharap hubungannya kali ini akan berkekalan hingga ke jinjang pelamin.
sumber
0 komentar:
Posting Komentar